Manchester City terus menghambat Arsenal untuk kedudukan pendahulu Premier League. Ini selepas Citizens berjaya mengalahkan Liverpool di Anfield hari ini.
Liverpool berharap dapat meneruskan kebangkitan dalam Premier League selepas menewaskan Rangers 7-1 dalam Liga Juara-Juara Eropah. Kemenangan dalam perlawanan hari ini diharap dapat meredakan tekanan yang dialami pengurus Jurgen Klopp.
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan seimbang dan saling melancarkan serangan. Bagaimanapun, jentera serangan yang tumpul menyaksikan Reds dan Citizens terikat 0-0 menjelang rehat.
Selepas rehat, Man City meningkatkan serangan ke atas kubu Reds. City menyangka telah mendahului tuan rumah menerusi gol Phil Foden pada minit ke-53.
Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan oleh pengadil susulan kekasaran ke atas pemain tengah Liverpool, Fabinho semasa gerakan menghasilkan gol dibuat.
Akhirnya, tuan rumah mendahului menerusi sepakan cantik Mohamed Salah pada minit ke-76 selepas menyudahkan hantaran panjang Alisson. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Liverpool bakal menerima kunjungan West Ham untuk perlawanan Premier League seterusnya pada 20 Oktober. Manakala Man City berdepan Brighton pada 22 Oktober ini.