Advertising
Premier League: Liverpool Mudah Ketepikan Cabaran Tottenham Hotspur
MakanBola
Liverpool FC

Liverpool meneruskan kebangkitan mereka dengan mengalahkan Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur.

Reds mendahului seawal minit ke-11 menerusi Mohamed Salah selepas menerima hantaran penyerang Uruguay, Darwin Nunez.

Ad

Spurs cuba bangkit tetapi Salah menambah derita tuan rumah menerusi gol kedua pada minit ke-40.

Ad

Selepas rehat, Tottenham berusaha merapatkan kedudukan menerusi Harry Kane pada minit ke-70. Tetapi Reds terus bertahan sehingga wisel penamat.

Dengan keputusan ini, Liverpool terus berada di kedudukan ke-10 EPL dengan 19 mata.

Ad

Reds bakal berdepan Southampton di Anfield pada 12 November. Sementara Spurs pula menerima kunjungan Leeds United pada hari yang sama.

Ad

Ad