Premier League: Jaringan Emas Garnacho Bantu Man Utd Atasi Fulham
EPL
MakanBola
Manchester United
Advertisements

Man Utd bangkit daripada kekalahan kepada Aston Villa minggu lepas dengan membenam Fulham 2-1 di Craven Cottage.

United mendahului seawal minit ke-14 menerusi Christian Eriksen selepas menolak masuk bola hantaran Bruno Fernandes.

Advertisements

Eriksen turut mencipta sejarah sebagai pemain Denmark pertama menjaringkan gol untuk Red Devils selepas Peter Schmeichel melakukannya pada September 1995.

Fulham tidak patah semangat dan cuba mengejar gol penyamaan. Tetapi tuan rumah bernasib baik beberapa percubaan United tidak berhasil dengan kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Selepas rehat, tuan rumah berusaha menyamakan kedudukan. Hasilnya, bekas pemain sayap United Dan James menolak bola hantaran Tom Cairney melepasi David de Gea pada minit ke-62.

Hasrat Cottagers mencuri satu mata tidak kesampaian apabila pemain gantian Alejandro Garnecho menyumbat gol kemenangan pelawat pada minit ke-92.

Advertisements

Dengan keputusan ini, Red Devils ketinggalan tiga mata di belakang Tottenham yang menduduki tempat keempat EPL.

Dengan EPL berehat seketika sempena Piala Dunia 2022 di Qatar, lawan United seterusnya ialah Nottingham Forest di Old Trafford pada 28 Disember.

Advertisements

Manakala Fulham pula bertandang ke Selhurst Park untuk menentang tuan rumah Crystal Palace pada 26 Disember.

News Comments Account