Ads
Presiden Machan Elak Silap Langkah, Belanja Ikut Kemampuan Pasukan
Liga A1
Machan FC

Presiden Machan FC, Azizi Fauzi mengambil pendekatan berbelanja secara berhemah demi kebaikan jangka panjang pasukan itu.

Advertisements

Permulaan musim 2024/25 Liga A1 Semi-Pro menyaksikan kelab itu merekodkan empat kekalahan berturut-turut dalam liga. Ini menyebabkan Machan kemudiannya merehatkan jurulatih, S. Balachandran.

Advertisements

Sesetengah penyokong meminta Machan agar melakukan perubahan drastik untuk mengembalikan kecemerlangan pasukan itu. Meskipun memahami kehendak penyokong, Azizi tetap mengambil langkah berhemah.

Advertisements
Advertisements

Ini kerana beliau tidak mahu kelab tersilap langkah sehingga menjejaskan kemampuan kewangan pasukan dari Sarawak itu.

“Memberi cadangan memang senang tetapi kelab harus berbelanja mengikut kemampuan kelab. Saya dan YB penaung kelab Machan FC tetap percaya bahawa semua pemain dan jurulatih tempatan yang kita ada mampu bantu bersaing dengan kelab besar dari Semenanjung (Malaysia),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Advertisements

Selepas Edward James Unting dilantik sebagai pemangku jurulatih, Machan meraih tujuh mata daripada empat perlawanan. Ini termasuk kemenangan 2-1 ke atas PIB Shah Alam FC baru-baru ini.

Perubahan positif ini turut menggembirakan Azizi lebih-lebih lagi dengan mengambil kira hakikat pasukan itu baru dibentuk selama lima bulan. Justeru, beliau mengharapkan lebih ramai pihak terutama entiti korporat dapat memberi sokongan kepada Machan.

“Saya sebagai presiden pasukan Machan FC juga menyeru jika ada syarikat-syarikat yang sudi menjadi sebahagian daripada penaja pasukan Machan FC untuk menghubungi kami bagi bersama-sama mengangkat bakat pemain tempatan untuk beraksi di peringkat tertinggi,” tambahnya.

Advertisements

Selepas ini, Machan bakal berentap dengan Bukit Tambun FC di Stadium Negeri Batu Kawan pada 10 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram