Presiden MUSA Buka Tabung Selamatkan Bola Sepak Melaka
Dunia
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Damian Yeo Shen Li melancarkan tabung khas untuk para peminat membuat sumbangan untuk membantu mengukuhkan kewangan MUSA.

Damian membuat pengumumamn mengenai tabung ini menggunakan laman media sosial Facebook miliknya dimana beliau memuat naik satu video yang memaparkan beliau bermain biola bersama anak perempuannya.

“Saya membuat crowdfunding untuk Melaka United dan mohon untuk membuat sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Melaka di nombor akaun MBB 554129103238.

Advertisements

“Derma RM1.00 pun boleh, RM10.00 pun boleh, RM50.00 pun boleh, RM100.00 pun boleh dan sebagainya,” kata Damien.

Melaka United sebelum ini mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah gagal melunaskan gaji beberapa pemainnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram