Konsistensi Azam Azih Bersama Sri Pahang Tingkatkan Nilai Pasarannya
Dunia
Instagram: @officialsripahang
Advertisements

Perancang tengah pasukan Sri Pahang FC, Mohammad Nor Azam bin Abdul Azih kini sedang menikmati prestasi terbaiknya bersama Sri Pahang FC musim ini sungguhpun tidak berpeluang untuk menghabiskan saingan di tempat yang lebih baik.

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi jeneral utama pasukan di atas padang, tatkala aksi tenang pemain bertubuh kecil ini dilihat sukar untuk digugat. Kebolehan Azam untuk melakukan pelbagai jenis hantaran dengan tepat membuktikan sentuhannya masih berbisa sungguhpun pernah diketepikan sebelum ini akibat kecederaan.

Beliau juga menjadi watak penting buat skuad kebangsaan setelah beraksi dengan cukup baik sungguhpun pasukan negara mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia yang kurang memberangsangkan baru-baru ini.

Advertisements

Azam juga menjadi taruhan terbaik pasukan yang sedang bergelut untuk mencari prestasi sebenar musim ini. Beliau secara keseluruhannya telah beraksi sebanyak 18 perlawanan dan menjaringkan 2 gol serta melakukan 3 bantuan gol.

Gandingan bersama seorang lagi pemain tengah pasukan Sri Pahang, Baqiuddin Shamsudin amat memberi impak setelah kedua-dua pemain ini menghasilkan jumlah gol dan bantuan gol yang sama.

Selain itu, Azam juga yang mampu untuk beraksi di pelbagai posisi di bahagian tengah padang termasuklah posisi pemain tengah bertahan seperti yang dipertaruhkan Cheng Hoe ketika mewakili Malaysia tempoh hari.

Advertisements

Pemain kelahiran Maran ini yang telah berbakti hampir 6 musim bersama Sri Pahang kini boleh dilabel sebagai antara pemain yang berkualiti dimiliki oleh pasukan itu.

Ini sekaligus melonjakkan nilai pasaran pemain ini untuk meletakkannya sebaris dengan pemain-pemain tempatan lain seperti Afiq Fazail dan Natxo Insa.

Nilai pasaran Azam ketika ini dianggarkan sekitar 250,000 Euro iaitu bersamaan dengan 1.23 Juta, meletakkan harganya sama dengan dua bintang JDT itu.

Advertisements

Nilai ini meningkat dengan mendadak berbanding ketika tahun 2019 iaitu dianggarkan sekitar 225,000 Euro bersamaan 1.11 Juta.

Namun begitu, pemain tengah termahal Liga Super dalam kalangan pemain tempatan masih lagi dipegang oleh kapten pasukan Selangor FC, Brendan Gan dengan tanda harga sebesar 1.48 Juta.

Semoga Azam terus mempamerkan konsistensi dan prestasi sebenar beliau untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan bagi kejohanan akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram