Prestasi Memukau Baddrol Bakhtiar Ditagih Kemudi Pasukan Negara
Dunia
Arena Hijau Kuning
Advertisements

Persembahan pemain tengah pasukan Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar dilihat bakal menjadi taruhan terbaik oleh pasukan negara bagi bertemu dengan pasukan Jordan malam ini.

Ini susulan prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh beliau yang berjaya membantu pasukan kendalian Aidil Sharin untuk meraih kedudukan kedua dalam liga musim ini sekaligus melayakkan Kedah untuk beraksi dalam saingan AFC musim hadapan.

Ini juga telah menyebabkan beliau kembali membarisi senarai 22 orang pemain yang mendapat kepercayaan jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk dibawa bagi menghadapi 2 perlawanan persahabatan kali ini.

Advertisements

Menurut penjelasan Cheng Hoe, beliau mengharapkan kecemerlangan pemain itu dapat membantu pasukan kebangsaan untuk meraih keputusan positif pada malam ini.

‘Kita lihat Baddrol menampilkan aksi yang cukup cemerlang pada musim ini selain berjaya menjaringkan 7 gol dan melakukan bantuan gol.’

‘Beliau juga pemain senior yang pastinya dapat membimbing para pemain muda yang turut serta bersama pasukan,’-Jelas beliau ketika ditemu bual oleh Astro Arena.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pemain berusia 33 tahun itu dilihat menjadi watak penting musim ini selain berjaya meletakkan diri dalam kalangan pemain tempatan terbaik di Liga Super.

Beliau yang beraksi selaku perancang tengah pasukan meletakkan dirinya selaku penjaring tempatan terbanyak apabila meledak 7 gol selain mencetak 4 bantuan gol bersama Kedah.

Ini juga bakal menjadi medan persiapan terbaik buat pasukan dan juga para pemain yang membuat penampilan pertama buat pasukan Harimau Malaya dalam usaha merebut tempat untuk dibawa ke kejohanan Piala AFF Suzuki Disember ini.

Advertisements

Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama juara edisi 2018, Vietnam selain pertemuan serantau bertemu Indonesia bakal menghangatkan lagi saingan dalam usaha untuk mengulangi pencapaian terbaik pada tahun 2010.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram