Prestasi Memukau JDT Tak Buat Sarawak United Mengalah
Dunia
Officialsarawakutdfc
Advertisements

Penyerang Sarawak United, Nur Shamie Iszuan menjelaskan walaupun prestasi memukau yang dipamerkan JDT pada saingan pertama tidak membuat pasukannya mengalah malah akan bangkit dalam saingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Beliau juga akui Fernando Forestieri merupakan ancaman besar yang perlu diawasi para pemain kelabnya kerana dia memang seorang pemain yang mempunyai larian pantas dan teknik yang cukup baik untuk mengatasi pertahanan pihak lawan.

Dalam pada itu, Shamie menyatakan bahawa pasukannya akan pamerkan prestasi yang terbaik malam ini dan dalam tempoh 90 minit perlawaan apa-apa sahaja boleh jadi.

Advertisements

“Kami datang ke Johor berdepan JDT bukan untuk kalah, walaupun kita tahu mereka bukan mudah untuk ditewaskan lagi-lagi bermain di laman sendiri.”

“Tetapi kami akan cuba buat yang terbaik dan apa-apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit perlawanan.”

“Kami akan memberi lebih tumpuan kepada beberapa pemain mereka seperti Forestieri sebab kita tahu dia memang seorang pemain yang mempunyai larian pantas dan ada teknik yang cukup baik.”

Advertisements

“Tetapi kalau kami lebih berdisiplin malam esok, tidak mustahil kita akan dapat mengawasi dengan lebih baik pemain-pemain mereka malam esok,” katanya kepada Sinar Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram