Prestasi Memukau Lonjak Nilai Pasaran Akram Mahinan Secara Mendadak
Dunia
Instagram: @klcityfootball
Advertisements

Pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Muhammad Akram Mahinan menjadi watak penting buat pasukan pada musim ini. Prestasi luar biasa beliau juga telah melonjakkan nilai pasaran beliau sehingga menjadi pemain tempatan termahal di kelab tersebut.

Anak kelahiran Kulim ini menjadi watak penting dalam sistem jurulatih kelahiran Croatia, Bojan Hodak sekaligus membantu memperbaiki kedudukan Kuala Lumpur yang kini menghuni tangga keenam dalam Liga Super.

Selain itu, Akram juga mampu untuk bermain di pelbagai posisi di bahagian tengah. Beliau dilihat bertindak sebagai pemain tengah sebagai peranan utama namun kadangkala berfungsi sebagai pemain tengah bertahan seperti yang dilakukan ketika mewakili Harimau Malaya pada tahun 2018.

Advertisements

Pemain berusia 28 tahun ini juga beraksi hampir kesemua perlawanan pada musim ini. Beliau telah diturunkan sebanyak 17 kali dalam kesebelasan utama dan 2 kali sebagai pemain gantian.

Beliau dilihat amat signifikan dalam perancangan pasukan setelah berjaya membantu pasukan untuk mencatat 8 kemenangan dan hanya tewas 4 perlawanan sahaja sepanjang musim.

Kuala Lumpur juga tidak tewas sepanjang 11 perlawanan berturut-turut selain telah merakamkan empat kemenangan dalam empat perlawanan terakhir yang menjadikan ia sebagai rekod baharu buat kelab sejak tahun 1998.

Advertisements

Kini, nilai pasaran Akram meningkat secara mendadak apabila beliau memilih untuk beraksi bersama pasukan KL.

Nikai pasaran beliau ketika ini berada pada 250,000 Euro iaitu sekitar 1.23 Juta. Ia melonjak secara mendadak berbanding nilai pasarannya ketika beraksi buat pasukan PKNS FC pada tahun 2019 iaitu sekitar 200,000 Euro bersamaan 984,000 ribu.

Akram sedang menikmati kemuncak dalam perjalanan kariernya ketika ini dan pastinya ia menjadi momen terbaik buat beliau untuk meraih tempat dalam skuad negara menjelang kejohanan akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram