Newcastle Jets sebelum ini kelihatan telah hilang rentak kemenangan apabila tewas 3 kali berturut-turut.
Memulakan musim baru A-League dengan 3 kali tewas, Newcastle Jets bangkit tanpa tewas untuk 5 perlawanan seterusnya seterusnya memperoleh 11 mata.
WATCH | Fly on the wall pre-match
— NEWCASTLE JETS FC ✈️ (@NewcastleJetsFC) March 21, 2021
📽 https://t.co/oCqSWmKLox#NeverTearUsApart #ALeague pic.twitter.com/XiGt9G1ghH
Rekod tanpa tewas Newcastle Jets akhirnya ditamatkan Wellington Phoenix pada 28 Februari di tempat lawan dengan Newcastle tewas 2-0 dalam perlawanan terbabit.
Read also:
Setelah perlawanan menentang Wellington, Newcastle Jets tewas untuk dua perlawanan lagi dan terbaru ketika menentang Sydney FC di mana Sydney berjaya bangkit dan menewaskan Newcastle 2-1.
Dalam perlawanan tersebut menjadi sejarah buat pemain Malaysia yang telahpun menerima kerakyatan Malaysia sebelum ini, Liridon Kraniqi apabila beliau berjaya membuat debut bersama kelab barunya.
Adelaide United walaubagaimanapun sedang dalam prestasi terbaik dan kini berada di kedudukan ke-3 liga selepas menang dalam kesemua empat perlawanan terakhir liga.
@NewcastleJetsFC @WgtnPhoenixFC @brisbaneroar @AdelaideUnited this was Mcdonald Jones Stadium at 10.30 am Sunday morning. The grounds man has done a great job see you at the games this afternoon pic.twitter.com/1zYXiN5RKS
— Lawrie McKinna (@LawrieMcKinna) March 20, 2021
Adelaide United menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan ini dengan rekod pertemuan dengan Newcastle Jets memihak kepada Adelaide United.
Adelaide United memenangi enam dan seri dua perlawanan dalam 9 perlawanan terakhir menentang Newcastle Jets sebelum ini.
🇦🇺 A-League @ 7:40am
— TheAnonymousCorner (@AnonymousCorner) March 20, 2021
🏟️ Newcastle Jets v Adelaide United
🏆 Adelaide United To Win @ [3.50]
💷 1u
✍️ Newcastle Jets have lost 4/5 home games this season and lost their last 3 games. Adelaide won their last 4 games… also won 2-1 just over two weeks ago and scored in 9/11 games
Dalam pertemuan terakhir kedua-dua kelab ini berakhir dengan kemenangan buat Adelaide United di Stadium Cooper dengan keputusan 2-1.
Jangkaan Kesebelasan Utama Newcastle Jets
Beberapa pemain utama Newcastle Jets dijangka diturunkan setelah pulih dari kecederaan seperti Jason Hoffman dan Ramy Najjarine.
Jangkaan Kesebelasan Utama Newcastle Jets:
Duncan, O’Toole, Topor-Stanley, Jackson, Koutroumbis; Hoffman, Petratos, Thurgate; Najjarine, O’Donovan, Yuel.
Liridon Krasniqi dijangka terus diberi kepercayaan ketua jurulatih, Deans sebagai pemain gantian sehinggalah pemain asal Kosovo ini benar-benar memperoleh kecerdasan 100%.
Perlawanan Newcastle Jets dan Adelaide United bakal berlangsung jam 3.40 pm 21 Mac 2021.