Dunia
Advertisements

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada pemain naturalisasi dari Kosovo, Liridon Krasniqi dalam skuad Harimau Malaya.

Perkembangan ini didedahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan pemain tengah JDT itu dijangka akan membuat penampilan sulung dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE pada bulan Mac depan.

“Liridon sudah dapat ‘lampu hijau’ iaitu kebenaran daripada Fifa untuk disenaraikan beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Advertisements

“Namun, ia bukan tiket untuk dipilih terus mewakili negara kerana perlu juga mendapat persetujuan daripada Cheng Hoe.

LK Liridon Krasniqi Sah Sarung Jersi Harimau Malaya
Liridon menyarung jersi JDT dan Harimau Malaya

“Kita menilai pemain daripada persembahan terkini dan berharap Liridon memenuhi kriteria yang ditetapkan pengendali Harimau Malaya,” kata Yusoff Mahadi.

Liridon bagaimanapun perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi menjamin tempat dalam skuad Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia yang berada di tangga kedua dalam kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022 akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Bahrain pada bulan depan sebagai persiapan menghadapi UAE dan Vietnam pada 26 dan 31 Mac 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram