PSG Mahu Ganti Lionel Messi Dengan ‘Budak’ Crystal Palace
Eropah
Crystal Palace FC
Advertisements

Dengan Lionel Messi sah bakal meninggalkan PSG pada musim panas ini, Les Parisien sudah mula mengatur perpindahan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan legenda Argentina itu. Dan beberapa hari lepas, PSG dikatakan telah mensasarkan penyerang muda berbakat Crystal Palace, Michael Olise.

Menurut akhbar Daily Mail, perpindahan ini merupakan sebahagian daripada usaha pengurusan kelab untuk kembali berhubung dengan para penyokong di Paris dan menyokong pemain kelahiran Perancis. Dengan perubahan strategi ini juga, PSG dilihat tidak terkejar-kejar bintang global seperti dahulu.

Biarpun dibarisi ramai pemain ternama seperti Neymar, Sergio Ramos dan Kylian Mbappe, PSG sentiasa dibelenggu masalah ego sehingga menggugat keharmonian bilik persalinan. Dengan Messi bakal meninggalkan Parc des Princes dan Neymar mempunyai baki kontrak setahun, kelab mahu menyelesaikan masalah ini secara tuntas.

Advertisements

Dengan membawa pemain muda seperti Olise ke Parc des Princes, ia bukan saja menambah bilangan pemain tempatan yang ada dalam pasukan. Malah, dengan usianya baru mencecah 21 tahun, Olise boleh saja menjadi aset jangka panjang PSG.

Begitupun, The Eagles merasa keberatan untuk melepaskan Olise. Ini kerana tonggak utama mereka, Wilfried Zaha tidak menyambung kontrak baru dan bakal meninggalkan kelab pada akhir musim.

Justeru, Palace melihat Olise sebagai pengganti jangka panjang Zaha di Selhurst Park. Dan sekiranya PSG berminat, mereka perlu membayar yuran perpindahan yang mahal yang berupaya mengubah pendirian pengurusan kelab yang berpangkalan di selatan London itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram