PSG Sah Ke Malaysia
Dunia
futbol moderno
Advertisements

Pasukan gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) sah ke Malaysia bagi menghadapi Piala Supermokh yang dijadualkan berlangsung dari 23 Oktober sehingga 30 Oktober ini.

Piala Supermokh 2022 merupakan kejohanan untuk peringkat umur bawah 13 tahun dan bakal menghimpunkan beberapa pasukan akademi terbaik di seluruh dunia. Untuk edisi kali ini, 17 pasukan akademi mengesahkan penyertaan.

Selain PSG, beberapa pasukan ternama Asia turut menghantar pasukan akademi mereka seperti Cerezo Osaka (Jepun), Buriram United (Thailand) dan PVF (Vietnam).

Advertisements

Selain pelatih AMD, SMK Ibrahim Fikri juga akan membawa nama Malaysia dalam kejohanan itu. SMK Ibrahim Fikri merupakan sekolah daripada Terengganu yang menjuarai pusat latihan daerah (PLD) peringkat negeri Terengganu tahun ini.

Sudah tentu pasukan PSG akan menjadi perhatian ramai kerana reputasi luar biasa mereka namun pertandingan ini merupakan pertandingan peringkat umur, semua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram