PSG kini telah mula menghubungi Lionel Messi dan bapanya, dalam usaha membawa masuk pemain kelahiran Argentina tersebut ke kelab Perancis itu. PSG hanya satu-satunya kelab saat ini yang berhubung dengan Messi.
Kelab-kelab lain seperti Manchester United, Chelsea atau Bayern Munich dilaporkan tidak membuat sebarang tawaran. Manchester City yang diuruskan oleh Pep Guardiola juga telah memaklumkan Messi tiada dalam perancangan kelab tersebut setelah mereka berjaya mendapatkan Jack Grealish.
PSG amat yakin dapat membawa masuk Messi setelah perbincangan berjalan lancar dan hanya perlu menunggu kebenaran daripada Financial Fair Play.
Sebuah kontrak rasmi sehingga Jun 2023 bakal ditawarkan kepada Messi malah bekas rakan sepasukannya di Barcelona dahulu, Neymar turut berusaha memujuk Messi untuk menyertai PSG.
Messi turut terbuka untuk menerima tawaran PSG kerana hanya kelab tersebut yang menghubungi beliau ketika ini.
Malah sebuah ciapan Fabrizio Romano menunjukkan Messi dalam penerbangan ke Perancis.
Jika perpindahan Messi berjaya, PSG bakal untung besar kerana membawa masuk Messi secara percuma tanpa perlu membayar harga yang tinggi buat pemain bintang tersebut.