PSM Puas Hati Dengan Sistem Perparitan, Perlukan 12 Bulan Untuk Benar-benar Bersedia
Malaysia
FA Malaysia
Advertisements

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendedahkan mereka memerlukan sekurang-kurangnya 12 bulan bagi menyediakan padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Keadaan padang SNBJ yang menggunakan rumput baru jenis Zeon Zoysia semalam mengundang keluhan daripada penyokong Harimau Malaya.

Ini kerana dengan tompok rumput yang banyak tercabut, ia sedikit sebanyak menggugat aksi menarik Malaysia dan India dalam saingan Pestabola Merdeka.

Advertisements

Malah, DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim turut menyatakan rumput tersebut memerlukan masa untuk matang sebelum boleh digunakan untuk perlawanan bola sepak.

Begitupun, dengan tempoh lapan bulan diberi kepada PSM untuk pemasangan rumput berkenaan, ia merupakan satu tugas sukar buat organisasi itu.

“Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sedia maklum keadaan padang di beberapa tompok bertentangan “grandstand” yang kurang kukuh akibat pendedahan cahaya matahari yang lebih rendah di kawasan tersebut. Namun, perkara ini tidak seharusnya berlaku.

Advertisements

“PSM telah menggunakan “grow light” bagi merangsang pertumbuhan rumput di sekitar kawasan tompokan itu. Namun, ia tetap tidak sama dengan keupayaan sinaran matahari semula jadi.

“Walau bagaimanapun, PSM yakin perkara tersebut akan di atasi dan tompokan tertentu di padang Stadium Nasional Bukit Jalil bakal pulih sepenuhnya menjelang Kelayakan Piala Dunia (2026).

“Untuk makluman, standard tempoh masa penyediaan secara rapi rumput padang seharusnya mengambil masa 12 bulan untuk keseluruhan proses siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak PSM hanya mempunyai tempoh 8 bulan.

Advertisements

“Keadaan hujan sepanjang minggu lepas juga tidak membantu dalam penyediaan pertumbuhan padang baharu itu,” kata PSM dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada masa sama, PSM juga berpuas hati dengan sistem peparitan baru yang dipasang di SNBJ. Ini dijangka mengatasi masalah padang digenangi air setiap kali hujan lebat di SNBJ.

Justeru, PSM berusaha menambahbaik kualiti padang SNBJ sebelum Harimau Malaya beraksi dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Advertisements

“Di sebalik beberapa tompokan rumput yang tercabut, PSM berpuas hati dengan keupayaan sistem perparitan baharu dan kemajuan dalam padang tersebut.

“PSM ingin mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya dan peminat-peminat bola sepak negara yang hadir memberikan sokongan pada malam ini.

“PSM akan menggunakan sepenuhnya masa satu bulan akan datang untuk memastikan persediaan lengkap padang menjelang Kelayakan Piala Dunia (2026) bagi Malaysia,” tambahnya.

Aksi Pestabola Merdeka semalam menyaksikan Malaysia mengatasi India 4-2. Mereka bakal bersemuka dengan Tajikistan pada 17 Oktober ini bagi menentukan siapa juara kejohanan itu untuk edisi 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram