Advertisement
PSSI Bakal Kutip Lebih RM11 Juta Hasil Jualan Tiket Menentang Argentina
Dunia
MakanBola
PSSI

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) bakal mengutip sekurang-kurangnya RM11 Juta hasil jualan tiket aksi persahabatan antara Indonesia menentang Argentina kelak.

PSSI pada semalam telah mengumumkan senarai harga tiket bagi aksi persahatan antarabangsa tersebut.

Perlawanan yang bakal diadakan di Gelora Bung Karno itu dijual pada tanda harga bermula Rp600 Ribu iaitu bersamaan RM185. Empat jenis kategori tiket telah ditawarkan merangkumi kategori 1, 2, 3 dan juga tiket ekslusif bagi kategori VIP.

Kategori 3 dijual dengan harga Rp600 ribu (RM185), kategori 2 berharga Rp1.2 juta (RM370), kategori 1 pula berharga Rp2.5 juta (RM770) dan kategoru VIP dijual pada tanda harga Rp4.25 juta iaitu bersamaan RM1,300.

Tiket tersebut akan mula dijual pada 5 Jun kelak bagi pemegang kad Bank Rakyat Indonesia dan akan mula dijual secara terbuka pada 6-7 Jun 2023. Sebanyak 60,000 tiket telah diperuntukan Indonesia untuk aksi berdepan juara Piala Dunia 2022 itu.

Dengan peruntukan sebanyak 60 ribu tiket, sekurang-kurangnya RM11 Juta bakal diraih PSSI hasil kutipan daripada jualan tiket perlawanan tumpuan Asia Tenggara ini. Indonesia bakal berdepan Argentina pada 19 Jun 2023.

Pengendali Indonesia, Shin Tae Yong kali ini telah memanggil barisan terbaik termasuk menagih khidmat kapten JDT, Jordi Amat dan pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani bagi memperkuat pasukan sementara Argentina membawa seramai 27 orang pemain bagi menghadapi Jelajah Asia 2023.