PSSI Tetap Mahukan Saddil Ramdani Pulang Sertai Timnas Indonesia
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Persatuan Bolasepak Indonesia, PSSI berpendirian teguh tetap mahukan bintang muda Sabah FC, Saddil Ramdani untuk menyertai skuad Sukan Sea Indonesia bagi edisi 2022.

Ini susulan Sabah FC yang telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung hal pelepasan pemain. Sabah menjelaskan bahawa khidmat Saddil amat ditagih pasukan The Rhinos itu bagi kancah Liga Super Malaysia 2022.

Bagaimanapun, Ketum PSSI, Mochamad Iriawan menjelaskan bahawa pihaknya sudah menghantar surat permohonan untuk membawa pulang Saddil ke Indonesia. Iriawan tetap yakin bahawa Saddil sememangnya diperlukan skuad Shin Tae-Yong ketika ini.

Advertisements

“PSSI sudah menghantar surat permohonan kepada Sabah FC dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung pelepasan Saddil Ramdani untuk bersama Skuad bawah 23 tahun Indonesia di temasya SEA Games 2022. Ketika ini, PSSI masih menunggu respon dan jawapan positif dari Sabah FC dan FAM,” kata Iriawan di laman rasmi PSSI.

Iriawan yang mesra disapa Iwan Bule itu turut menyatakan bahawa pihaknya mendapat perkhabaran bahawa saingan Liga Super ditunda buat sementara waktu. Ini seolah memberi nafas baru untuk melihat kelibat Saddil mewakili skuad Garuda. 

“Kami juga menerima info sebahagian pertandingan Malaysian Football League (MFL) ditunda sementara. Hal ini merupakan satu berita positif buat PSSI yang berharap Saddil Ramdani cepat  bersama timnas Indonesia. Dia (Saddil) merupakan pemain penting bagi tim dan menjadi pilihan pelatih Shin Tae-yong,” ujar Iriawan.

Advertisements

Indonesia kini sedang kekurangan tonggak utama pasukan dimana selain Saddil, beberapa nama bintang muda mereka yang lain turut tidak mendapat pelepasan daripada kelab seperti Pratama Arhan (Tokyo Verdy) dan Elkan Baggott (Ipswich Town).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram