Pasukan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic diperkuat dengan kehadiran 5 tonggak penting Kelantan Darul Naim.
Skuad kendalian Nazrulerwan Makmur mengharungi permulaan saingan yang cukup baik apabila membelasah Bukit Tambun dengan keputusan 3-1.
Dua jaringan daripada Amri Yahyah dan satu hasil ledakan kapten pasukan, Indra Putra memastikan pasukan meraih 3 mata pertama musim ini.
Kekuatan PT Athletic menjadi tumpuan dalam kancah Liga A1 Semi Pro apabila dibarisi rata-rata pemain ternama di Malaysia.
Antara watak penting yang menjadi tunjang utama ialah Indra Putra yang kini mencecah usia 43 tahun.
Beliau kekal membarisi kesebelasan utama pasukan selain beraksi dengan begitu lincah di atas padang.
Bukan itu sahaja, PT Athletic dibarisi oleh beberapa muka berpengalaman daripada Kelantan Darul Naim iaitu pertahanan kental, Latiff Suhaimi, Fandi Othman dan juga Qayyum Marjoni.
Bekas pemain kebangsaan, Syazwan Zainon meninggalkan Kelantan DN untuk mengikut jejak langkah rakan bersama PT Athletic.
Antara watak lain yang tidak asing lagi dalam kancah Liga Malaysia ialah Amri Yahyah, Nurshamil Abd Ghani, Adib Zainudin, Faris Shah dan ramai lagi bersama pasukan.
Harini FT akan melayan kunjungan PT Athletic pada 22 Jun 2024 jam 4:45 petang di Kuala Selangor.