Jenama sukan global PUMA melancarkan FUTURE 8 Unlimited Edition. Direka untuk keselesaan, kawalan, dan kelincahan maksimum, generasi baharu FUTURE membolehkan pemain mencipta permainan dengan lebih bebas. Dilengkapi dengan teknologi FUZIONFIT³ skin, GripControl Pro, dan FLEXGILITY outsole yang inovatif, kasut ini membolehkan pemain bergerak dengan lincah dan mencipta peluang tanpa had kerana FUTURE adalah ‘Yours to Create’.
Generasi baharu FUTURE 8 hadir dengan peningkatan teknologi terkini yang memberikan kelebihan kepada pemain untuk bermain dengan lebih bebas dan kreatif. Ia menampilkan kombinasi warna ungu dan hitam, dengan sentuhan jingga dan putih, memberikan rekaan yang unik dan menonjol.

FUTURE 8 dilengkapi dengan FUZIONFIT³ upper, yang menawarkan keselesaan dan cengkaman ketat tanpa menjejaskan pergerakan eksplosif. Bahagian atas kasut ini menggabungkan lapisan LYCRA® elastik, 3D Fuzionpods, dan PWRTAPE untuk kesesuaian yang menyesuaikan diri dengan bentuk kaki pemain seperti lapisan kulit kedua, membolehkan kreativiti tanpa batasan.
Bagi memastikan kawalan bola yang optimum, lapisan mesh berketumpatan tinggi dengan GripControl Pro memberikan cengkaman yang luar biasa, membolehkan pemain mencipta peluang atau menyempurnakan penyudah dengan lebih yakin.
FLEXGILITY outsole yang serba baharu, dengan susunan stud bulat dan komposisi dwi-ketumpatan, memberikan kelincahan 360 darjah. Teknologi ini membolehkan pemain melakukan pergerakan eksplosif dan lincah dalam semua arah, menjadikan mereka lebih kreatif pada kelajuan maksimum.
FUTURE 8 juga hadir dalam versi khas untuk wanita, menampilkan teknologi FUTURE terkini dengan bentuk yang lebih ramping bagi menyesuaikan diri dengan anatomi kaki wanita. Versi ini direka untuk meningkatkan keselesaan dan prestasi, membolehkan pemain wanita beraksi dengan lebih cemerlang. Kasut ini direka khas untuk wanita yang mencipta impak di atas padang.
“FUTURE sentiasa direka untuk memberi kebebasan kepada pemain dalam menonjolkan kreativiti mereka. FUTURE 8 dilengkapi dengan FUZIONFIT³ upper yang memberikan kesesuaian lebih baik, menjadikannya seolah-olah lanjutan kaki pemain. Rekaannya membolehkan kelenturan tanpa batasan untuk pergerakan yang lebih bebas. Digabungkan dengan FLEXGILITY outsole, kasut ini memberikan kestabilan dan fleksibiliti untuk pergerakan yang spontan dan luar biasa pada kelajuan tertinggi,” kata Florian Nemetz, Ketua Pengurusan Produk Line Teampsport Footwear.
FUTURE 8 dilancarkan sebagai sebahagian daripada Unlimited Pack, yang turut merangkumi ULTRA 5 dalam edisi ULTIMATE dan CARBON, serta KING ULTIMATE.
FUTURE 8 Unlimited Edition dan Unlimited Pack kini boleh didapati di PUMA.com, kedai rasmi PUMA, serta cawangan Football Republic berikut:
- Football Republic The Curve
- Football Republic Pavilion Elite
- Football Republic i-City
- Football Republic Kota Bharu
- Football Republic Kuala Terengganu
- Football Republic Alor Setar
- Football Republic Toppen Johor.