PUMA Memperkenalkan Bola Perlawanan Rasmi Terbaru Premier League
MakanBola
PUMA

PUMA hari ini telah melancarkan bola perlawanan rasmi untuk Premier League, yang bakal menghiasi padang, taman dan halaman di seluruh dunia untuk pemain dan peminat menjelang musim 2025/26. Majlis pelancaran berlangsung di PUMA Flagship Store di Sunway Pyramid, iaitu gedung utama PUMA terbesar di Asia, di mana para tetamu diberi peluang pertama untuk menyaksikan bola baharu PUMA Orbita Ultimate PL.

“Bola sepak sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA PUMA, dengan warisan yang merentasi dekad dan menghubungkan kami dengan ramai pasukan dan pemain lagenda. Hari ini, PUMA berbangga untuk meneruskan warisan itu sebagai penyedia bola perlawanan rasmi bagi liga bola sepak paling berprestij di dunia,” kata Steven Tan, Pengurus Negara PUMA Malaysia.

Secara rasminya dinamakan PUMA Orbita Ultimate PL, bola ini terdiri daripada dua belas panel bersaiz sekata yang memastikan pengagihan berat yang tepat, menjadikan bola seimbang sepenuhnya. Acuan frekuensi tinggi memberikan ketahanan jangka panjang dengan jahitan yang lebih besar dan dalam untuk meningkatkan aerodinamik, pengekalan bentuk, serta sentuhan lembut setiap kali disepak, tidak kira di padang atau dalam cuaca apa sekalipun.

Semasa pelancaran, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan bola sepak freestyle bertenaga tinggi yang menggambarkan kreativiti, emosi dan dinamik yang dilambangkan oleh bola ini. Replika gergasi PUMA Orbita turut dipamerkan di gedung tersebut sehingga 30 Jun.

Sebagai sebahagian daripada kempen “Dare to Shine and Win” yang berlangsung dari 4 hingga 30 Jun, pengunjung gedung boleh menyertai pertandingan di dalam gedung untuk berpeluang memenangi bola PUMA Orbita Match PL Brilliance. Untuk menyertai, pengunjung hanya perlu mengambil gambar bersama Bola EPL Gergasi di PUMA Sunway Pyramid, memuat naik ke Instagram mereka, serta mengikuti dan menanda @puma.malaysia.

Menambah keterujaan, pelancaran ini turut memperkenalkan kempen PUMA x Premier League ‘Have a Ball’ – satu sambutan terhadap keseronokan dan keterujaan sebenar apabila bola berada di kaki anda. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan pemain pada semua peringkat agar melepaskan keraguan dan pemikiran berlebihan, serta menginspirasikan permainan berasaskan naluri, kebebasan, dan kreativiti – di dalam dan di luar padang.

PUMA Orbita Ultimate PL akan membuat penampilan sulungnya di padang semasa Premier League Summer Series di Amerika Syarikat pada Julai ini, dan akan digunakan dalam perlawanan pertama Premier League pada 16 Ogos. Ia kini boleh didapati di gedung PUMA terpilih dan peruncit seluruh negara.