Punca Aksi Malaysia & Mesir Batal Terjawab
MakanBola
FA Malaysia

Pertembungan yang ditunggu-tunggu melibatkan Malaysia dan Mesir tidak dapat direalisasikan sekaligus hasrat berdepan pemain terbaik Eropah, Mohamed Salah tidak kesampaian.

Malaysia sebelum ini dikaitkan dengan pertembungan dengan Mesir bagi aksi persahabatan Tier 1 namun terpaksa ditangguhkan atas alasan tertentu.

Menerusi satu pengumuman oleh FAM, skuad Harimau Malaya akan berdepan cabaran Syria dan China yang akan berlangsung di China pada 6 dan 9 September 2023.

Hasrat menguji kekuatan skuad kebangsaan berdepan negara dalam kelompok 50 terbaik dunia bagaimanapun tidak menjadi kenyataan berikutan masalah mencari lawan kedua di Timur Tengah.

Perkara ini dikongsikan oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly yang berkongsi sebab perlawanan ini tertangguh.

Katanya, kesukaran memilih lawan kedua menyebabkan FAM terpaksa menukar lawan pada saat akhir sekaligus peluang bertemu Mohamed Salah terhalang.

Kim Pan-gon kini dalam misi untuk mempersiapkan pasukan di samping mahu memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.