Putera bongsu bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak meninggal dunia pada Selasa.
Berita tersebut dikongsikan sendiri bekas penyerang Negeri Sembilan FC itu menerusi satu hantaran di Instagram Story.

“Salam semua. Anak bongsu kami, Muhammad Aisy Al Rees bin Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada Penciptanya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk (menghadapi) dugaan ini,” katanya.
Walau bagaimanapun, Zaquan tidak menyatakan sebab putera bongsunya meninggal dunia.
Sebaik berita tersebut dikongsikan di media sosial, ramai peminat bola sepak negara mengucapkan takziah kepada bekas penyerang berusia 37 tahun itu.
Mereka turut mendoakan Zaquan dan isteri, Ayu Raudhah diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk menghadapi ujian berat tersebut.