Seorang penyokong bola sepak dari Eropah menyatakan rasa kepuasan apabila akhirnya menggunakan air berbanding tisu ketika berada di tandas.
Beliau yang memuat naik satu ciapan di laman Twitternya menyatakan, pengalaman berada di Qatar menyebabkan dirinya sudah membiasakan diri dengan menggunakan air.
Malah, perbuatan tersebut seolah-olah sudah menjadi kebiasaan buatnya sekaligus membuatkan beliau berasa selesa dengan keadaan tersebut.
Individu yang dikenali sebagai David Vujanic ini semenangnya sering menggunakan tisu tandas berbanding bidet sebelum ini.
“Saya telah menggunakan peralatan mandi tandas di qatar selama sebulan.”
“Saya benar-benar ngeri kami hanya menggunakan tisu tandas di Eropah. Ini adalah perkara terbaik yang pernah ada,” jelasnya.
Beliau juga memberitahu bahawa pernah menggunakan bidet ketika berada di Perancis namun saiznya terlalu besar.
Kemudahan yang disediakan di Qatar menyebabkan beliau mahu melihat perkara ini turut dipraktikkan di England kelak.