Qatar ‘Ratah’ Kemboja
Asia
MakanBola
FA Qatar
Advertisements

Aksi persahabatan Tier 1 yang berlangsung semalam menyaksikan pasukan Qatar berjaya merakamkan kemenangan bergaya ke atas Kemboja dengan keputusan 3-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Thani bin Jassim itu menyaksikan pasukan yang menjadi tuan rumah Piala Asia menurunkan barisan terbaik.

Advertisements

Pemain seperti Khalid Muneer, Almoez Ali dan Ahmes Fathy mengetuai jentera serangan skuad bimbingan Tintin Marquez berdepan pasukan ke-157 dunia itu.

Sebelum ini,pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada melakukan cubaan untuk mengadakan aksi persahabatan menentang Qatar namun ditolak.

Advertisements

Pasukan Timur Tengah itu lebih memilih Kemboja untuk menguji kekuatan pasukan yang bakal bersaing di pentas tertinggi Asia.

Advertisements

Aksi persahabatan ini tamat dengan keputusan 3-0 memihak Qatar dengan pemain sayap sensasi, Almoez Ali meledak hatrik.

Qatar masih memiliki satu lagi aksi persahabatan menentang lawan Malaysia di Piala Asia iaitu Jordan yang menghuni tangga ke-87 dunia.

Advertisements

News Comments Account