Quang Hai Tamatkan Kontrak Bersama Pau FC
Eropah
@nguyenquanghai12041997
Advertisements

Selepas berdepan masalah jarang diturunkan dalam kesebelasan utama Pau FC musim ini, derita Nguyen Quang Hai kini berakhir. Ini selepas ejennya, Michelle Fersini mengesahkan kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontraknya secara persetujuan bersama.

Hal sama turut dinyatakan dalam kenyataan rasmi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) yang dibuat semalam di Facebook.

“Mengikut maklumat wakil Nguyen Quang Hai, pemain tengah ini akan menamatkan kontrak bersama Pau FC setahun lebih awal, menjadi pemain bebas mulai 30/6/2023.

Advertisements

“Jika tiada perubahan, selepas berpisah dengan Pau FC, pemain tengah Nguyen Quang Hai akan menyertai kelab domestik pada bulan Jun untuk bermain dalam fasa kedua V-League 2023,” kata VFF dalam kenyataan tersebut.

Sempena minggu antarabangsa pada Jun, Quang Hai turut dipanggil Philippe Troussier untuk memperkuat skuad kebangsaan Vietnam. Vietnam bakal berdepan Hong Kong pada 15 Jun sebelum menentang Syria lima hari kemudian.

Yang pasti, berita penamatan kontrak ini sedikit sebanyak pastinya melegakan Troussier. Ini kerana jika dipilih berdasarkan merit termasuk minit permainan, sudah pastinya nama Quang Hai tidak akan dipanggil.

Advertisements

“Jika anda lihat kriteria profesional pada ketika ini, memang benar Quang Hai tidak layak dipanggil menyertai pasukan kebangsaan dan begitu juga dengan (Nguyen) Cong Phuong,” katanya kepada Zing News.

Walaupun VFF mendedahkan sudah ada beberapa kelab Vietnam mahu menyambar khidmat Messi Vietnam itu, ini tidak menghalang kelab-kelab luar terutama dari Indonesia daripada cuba mendapatkannya.

Ini disebabkan perubahan kuota import yang diperkenalkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk liga mereka musim hadapan. Kelab-kelab dibenarkan memiliki enam pemain import dengan seorang daripadanya mestilah dari negara-negara ASEAN.

Advertisements

Dengan Quang Hai kini berstatus ejen bebas, tidak mustahil kelab-kelab Indonesia akan berusaha mendapatkannya beraksi di negara itu. Salah satu yang menunjukkan minat ialah kelab Persija Jakarta berdasarkan laporan SportsStars.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram