Quentin Cheng Tak Sabar Beraksi Di Final
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Quentin Cheng yakin beliau dan rakan sepasukan mampu melayakkan diri ke pentas final.

Quentin mengakui di bawah kendalian Brad Maloney terdapat beberapa perbezaan dari sudut falsafah dan taktikal bola sepak. Bagaimanapun pemain Selangor FC ini tidak menganggap perkara itu sebagai satu penghalang buat beliau memperagakan aksi cemerlang ketika di dalam padang.

“Sudah tentu ada perbezaan ketika beraksi bersama skuad Harimau Malaya dan B-23 kerana jurulatih masing-masing mempunyai falsafah dan teknik tersendiri untuk merencanakan pasukan.”

Advertisements

“Saya tidak berhadapan masalah mengikuti kedua-dua corak permainan cuma perlu cepat mengikuti apa yang diinginkan oleh jurulatih,” ujar Quentin kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, pemain kacukan Malaysia/Australia ini menjelaskan dua kemenangan yang dicatatkan pasukan sebelum ini telah memberikan motivasi yang baik untuk mereka konsisten memburu kemenangan.

Quentin juga yakin skuad Sukan SEA kali ini bakal memanfaatkan peluang yang ada ini mencuba sehabis baik mengisi slot ke pentas final.

Advertisements

“Pemain sudah mula yakin terutama selepas meraih dua kemenangan sekali gus mahu menggunakan peluang yang ada beraksi di final,” tambah Quentin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram