Quentin Cheng Ucap Selamat Tinggal Pada Penang, Bersyukur Dengan Pencapaian Musim Ini
Dunia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Pemain kacukan Australia-Malaysia, Quentin Cheng ucap terima kasih kepada jurulatih, pengurusan, pemain dan penyokong Penang FC dan terharu dengan sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan sepanjang musim ini.

“Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada barisan jurulatih, pengurusan dan penyokong atas sokongan berterusan dan kepercayaan kepada saya sepanjang tahun.”

“Paling penting pada semua pemain yang mengalukan kedatangan saya ke bilik persalinan pasukan sebagai salah satu dari mereka.”

Advertisements

“Saya berterima kasih atas segala pengalaman yang dikongsikan dalam dan luar padang. Berperang bersama setiap minggu adalah satu memori yang tak mungkin dapat dilupakan.” Jelas beliau di Instagram.

Quentin Cheng turut teruja dengan pencapaian kelab sepanjang musim ini walaupun baru sahaja dinaikkan pangkat ke Liga Super.

“Pencapaian musim ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kedudukan ke-3 dan peluang layak ke AFC untuk pasukan yang baru saja dipromosikan adalah sesuatu yang sangat menakjubkan.”

Advertisements

“Selamanya terima kasih. Jumpa lagi Penang.”

Quentin Cheng kembali ke pasukan asalnya, Selangor FC selepas tempoh pinjamannya dari Selangor ke Penang tamat dan akan berbakti bersama The Red Giants untuk musim 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram