Ads
R. Kogileswaran Kini Perkuat Bunga Raya Damansara
Liga A1
FA Malaysia

Bekas pemain kebangsaan, R. Kogileswaran sah menyarung jersi pendatang baru Liga A1 Semi Pro, Bunga Raya Damansara FC.

Advertisements

Ini selepas gambar Kogileswaran kelihatan pada imej pengumuman perlawanan pertama pasukan itu dalam saingan liga musim 2024/25.

Advertisements

Selain itu, Bunga Raya turut memuatnaik video pengenalan jersi baru mereka untuk kegunaan di tempat sendiri dan tempat lawan.

Advertisements
Advertisements

Menariknya, salah seorang pemain yang memperagakan jersi baru Bunga Raya ialah Kogileswaran.

Sebelum ini, pemain sayap berusia 25 tahun itu pernah beraksi untuk pasukan Liga Super, Penang FC pada separuh kedua musim 2023.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pasukan yang dibimbing Akmal Rizal Ahmad Rakhli itu memilih untuk tidak memperbaharui kontrak Kogileswaran untuk musim 2024/25.

Selain Penang, beliau pernah beraksi untuk kelab Korea Selatan, Chungbuk Cheongju, PJ City FC dan Sri Pahang FC. Kogileswaran juga pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan sebanyak lapan kali.

Selain beliau, Bunga Raya turut diperkuatkan dengan kehadiran beberapa tonggak veteran seperti K. Reuben, K. Gurusamy dan Khyril Muhymeen Zambri.

Advertisements

Kelibat Kogileswaran dijangka dilihat dalam aksi pertama liga antara Bunga Raya dengan Harini FT pada Ahad ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram