Rahadiazli Kenang Keberanian Nafuzi Dua Tahun Lalu
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim berharap pengendali, Nafuzi Zain kekal membimbing Terengganu pada musim hadapan.

Sebelum ini dikhabarkan Nafuzi ditawarkan kontrak oleh dua pasukan besar yang beraksi di saingan Liga Super 2023. Namun begitu tidak pasti sejauh mana kesahihannya.

Rahadiazli ketika ditemubual dalam sesi latihan skuad kebangsaan berharap agar Nafuzi kekal di Terengganu kerana Nafuzi merupakan jurulatih yang berani memberikan beliau peluang bermain sebagai seorang pemain muda untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Advertisements

“Kalau pada diri saya, saya harap coach Nafuzi dapat kekal di Terengganu sebab beliau adalah jurulatih yang berani letak saya sebagai penjaga gol muda pada Liga Super 2020,” jelas Rahadiazli ketika ditemubual Flash Sukan.

Rahadiazli melakukan penampilan pertamanya di Liga Super pada Februari 2020 ketika Terengganu melayan kunjungan Perak FC di laman sendiri namun Terengganu tewas 1-3 dalam perlawanan itu dengan Rahadiazli beraksi penuh 90 minit.

Dua tahun selepas penampilan pertama Rahadiazli di Liga Super, kini beliau berpeluang untuk menjadi penjaga gol utama kebangsaan selepas beliau terpilih ke kem skuad kebangsaan bersama dua lagi penjaga gol, Syihan Hazmi dan Kalamullah Al-Hafiz.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram