Rahadiazli Mohon Maaf Kepada Peminat
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim tampil memohon maaf secara terbuka terutamanya kepada peminat setia skuad penyu.

Beliau akui gagal mempamerkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan akhir Piala FA ketika menentang JDT kerana beliau percaya peminat meletakkan hasrat yang tinggi terhadap Terengganu untuk menjulang trofi Piala FA. 

Beliau menjelaskan pasukannya telah memberikan sepenuhnya untuk mencari gol kemenangan ketika itu.

Advertisements

“Sejujurnya aksi pada malam itu (Sabtu lalu), bukanlah permainan sebenar saya, saya tahu gagal memberikan aksi terbaik pada masa itu ketika harapan yang tinggi diletakkan peminat setia untuk membawa pulang trofi piala itu.”

Penjaga gawang yang berusia 21 tahun itu juga tekad untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang ada untuk beliau lebih matang menghadapi saingan kelak. 

“Ketika kami ketinggalan 0-2, rakan sepasukan cuba sedaya upaya untuk mencari dua gol untuk menyamakan kedudukan, Alhamdulillah kami berjaga merapatkan kedudukan 1-2.”

Advertisements

“Saya sedar banyak komen daripada peminat selepas berakhir perlawanan itu, saya hargai dan pada masa saya tekad untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk mengharungi perlawanan akan datang.”

“Jadi, di kesempatan ini saya mohon maaf kepada semua peminat, rakan sepasukan dan juga pihak pengurusan termasuk jurulatih kerana tidak dapat membantu pasukan membawa pulang trofi Piala FA ke bumi Terengganu Darul Iman,” katanya kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram