Rahadiazli Tak Boleh Terlalu Kecewa
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Kekalahan yang menimpa Terengganu FC di pentas final Piala FA di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam sememangnya sukar untuk ditelan para peminat pasukan Terengganu.

Disebalik kekalahan itu, prestasi penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim jelas sekali boleh dipersoalkan selepas melepaskan gol mudah dalam perlawanan itu.

Bagi pemain import Terengganu, Pape Diakite, beliau menganggap Rahadiazli masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah.

Advertisements

“Dia tidak boleh terlalu kecewa kerana semua orang buat kesilapan, saya buat kesilapan dan begitu juga pemain lain.

“Tetapi selepas melakukan kesilapan, apa yang penting adalah bagaimana untuk bangkit kerana dari situlah kita akan lebih matang selepas belajar daripada pengalaman,” demikian nasihat pertahanan Terengganu FC, Pape Diakite kepada penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.

Diakite menganggap tiada pemain yang harus dipersalahkan kerana para pemain Terengganu mempunyai semangat berpasukan tidak kira menang atau kalah.

Advertisements

Dia masih berusia 20 tahun dan banyak lagi boleh dipelajari, tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan kerana kami menang sebagai satu pasukan dan kalah sebagai satu pasukan.

“Apa-apa pun, ini pengalaman yang sangat berguna kepada kami malah ini adalah final pertama saya dan rasa sangat bertuah dapat melakukannya pada tahun pertama bersama Terengganu,” katanya kepada MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram