Trivia
Raheem Sterling berlari seperti membeli-belah
Advertisements

Raheem Sterling kini menikmati musim terbaiknya sebagai pemain profesional setelah menjaringkan lebih 78 gol dalam 195 penampilan bersama Manchester City dan menjaringkan 3 gol penting buat England dalam kempen Kejohanan EURO 2020. Selain itu beliau turut melakukan 1 bantuan gol, 521 minit aksi di padang dan melakukan 14 percubaan berbahaya sepanjang perjalanan England ke perlawanan akhir.

Lantas orang ramai tertanya-tanya mengapakah Raheem Sterling berlari seperti sedang membeli-belah di kompleks perniagaan?

Raheem Sterling
Raheem Sterling berlari seperti membeli-belah

Raheem Sterling merupakan antara pemain terpantas di Liga Perdana Inggeris namun jelas lariannya kadang kala amat menjanggalkan dan jawapannya ada berkait rapat dengan ibu kandungnya.

Advertisements

Larian lucu Sterling ini lantas menjadikan Eden Hazard terpukau lantas meniru aksinya semasa beliau di Chelsea.

Jadi mengapa Sterling kelihatan begitu sementara masih menjadi antara penyerang terpantas? Ternyata jawapannya ada kaitan dengan apa yang terjadi ketika Sterling masih bayi.

Dalam temu ramah pada tahun 2018 bersama talkSPORT, Sterling mengatakan bahawa ibunya pernah menunjukkan sebuah video kepada beliau pada tahun 2018.

Advertisements

Video berkenaan menunjukkan cara ibunya berlari ketika hari sukan adiknya di Jamaika lantas Sterling mula memahami mengapa beliau berlari seperti itu.

“Saya melihat pergerak itu dan saya cakap OK inilah sebabnya. Saya memang tidak pernah melihat ibu berlari.” Jelas Sterling.

Pengaruh ibunya ketika kecil membuatkan Raheem Sterling terikut-ikut pergerakan ibunya sehinggalah beliau dewasa.

Advertisements

“Saya tidak fikir larian saya ini ada kena mengena dengan warisan.” Jelas Sterling lagi.

Jadi begitulah, walaupun beliau diketawakan dengan larian seperti sedang membeli-belah, beliau buat tidak tahu sahaja malah meneruskan lariannya asalkan ia membantu pasukan yang diwakilinya.

https://www.youtube.com/watch?v=6WHehDeNrDY
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram