Rahsia Kecemerlangan Arif Aiman Di Atas Padang Sudah Terbocor
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemenangan demi kemenangan yang diraih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya akan menambahkan lagi motivasi mereka untuk terus mencipta kejutan dalam setiap pertandingan yang disertai.

Disebalik konsistensi kemenangan yang ditampilkan pasukan JDT, pemain sayap mereka, Arif Aiman Hanapi paling mencuri tumpuan apabila sehingga kini beliau sudah mencipta enam bantuan gol dalam tujuh perlawanan yang dilalui.

Walaupun baru berusia 20 tahun, namun kemampuan pemain ini tidak dapat dinafikan. Sumbangan beliau amat luar biasa tidak kira sama ada ketika pasukan sedang menyerang mahupun bertahan.

Advertisements

Namun, ketika ditemubual media, Arif memberitahu bahawa beliau masih lagi tidak berpuas hati dengan permainan yang ditampilkannya dan mahu melakukan lebih lagi.

“Saya anggap performance saya, saya masih tak puas hati lagi. Setiap perlawanan, saya akan nilai diri saya. Kalau saya main baik, saya tetap menganggap saya bermain tidak baik.

“Saya tak akan berpuas hati dengan apa yang saya buat. Setiap perlawanan saya akan anggap penting untuk saya buat lebih baik sehingga saya jadi yang terbaik.” katanya ketika ditemubual Astro Arena.

Advertisements

Semangat yang ditunjukkan oleh Arif ini seolah-olah menandakan perjalanan gemilang bakal menanti beliau pada masa akan datang. Tidak mustahil jika ramai pemain muda negara mempunyai mentaliti bersemangat seperti Arif Aiman, suatu masa nanti bola sepak Malaysia pasti kembali digeruni.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram