Rajagobal ‘Buka’ Peluang Syihan Hazmi Menyinar Ketika Berumur 17 Tahun
Dunia
FAM Official
Advertisements

Disebalik prestasi yang membanggakan bersana Harimau Malaya, nama Syihan Hazmi sebenarnya terlebih dahulu diperkenalkan bersama skuad kebangsaan ketika di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal.

Pada ketika itu, Syihan baru sahaja berumur 17 tahun dan beliau diturunkan dalam satu perlawanan amal yang mana Malaysia turun menentang Palestin. Itu merupakan penampilan senior pertama Syihan namun ianya tidak dikira debut kerana hanyalah satu perlawanan amal.

Dalam perlawanan tersebut, Rajagobal mendedahkan bahawa Syihan berjaya menyelamatkan penalti pasukan Palestin dan beliau sentiasa percaya mengenai kebolehan penjaga gol Negeri Sembilan itu.

Advertisements

” Ianya adalah perlawanan amal menentang Palastin. Jika saya tidak salah, dia juga telah menyelamatkan penalti pada perlawanan itu. Saya sentiasa sangat percaya untuk memberi peluang kepada pemain muda, pasti dia berhak mendapat peluang itu,” coret Rajagobal di laman twitter beliau.

Dalam masa yang sama, Rajagobal memberikan kredit kepada bekas jurulatih penjaga gol Malaysia, Faozi Mukhlas yang berjaya membantu sedikit sebanyak ketika melatih Syihan di kem skuad kebangsaan.

“Kredit diberikan kepada jurulatih penjaga gol saya, Faozi Mukhlas,” katanya lagi.

Advertisements

Perlawanan yang diadakan pada tahun 2013 itu menyaksikan Malaysia tewas 0-2 kepada Palestin dan Syihan dimasukkan pada minit ke-90 perlawanan untuk menggantikan Norazlan Razali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram