Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal gembira berkesempatan untuk bertemu dengan kawan lamanya suatu masa ketika dahulu, Kim Pan-gon.
Kim Pan-gon pada semalam telah hadir melihat pertembungan antara pasukan Selangor dan Sri Pahang di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Aksi tertunda Liga Super itu menyaksikan Selangor menang 3-1 keatas Sri Pahang.
Menurut Rajagobal, Kim Pan-gon merupakan bekas rakan kursus Diploma bola sepak AFC Pro pada tahun 2003. Rajagopal menzahirkan rasa teruja dapat bertemu Pan-gon yang kini menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.
Rajagobal dalam ciapannya di Twitter menjelaskan bahawa beliau turut sempat berkenalan dan beramah mesra bersama barisan pembantu jurulatih Kim Pan-gon.
Pengendali yang berusia 65 tahun itu mendoakan yang terbaik dan mengucapkan selamat maju jaya buat Kim Pan-gon bersama skuad kebangsaan.