Bekas jurulatih kebanggsaan, Datuk K. Rajagobal memuji prestasi cemerlang KL City setelah sekali lagi mencipta sejarah layak ke Final Interzone AFC Cup.
Jurulatih berusia 66 tahun itu menyifatkan bahawa KL City mempamerkan corak permainan yang luar biasa dan sememangnya layak untuk pergi ke peringkat tertinggi.
“Setinggi-tinggi tahniah kepada @KLCityFootball paparan bola sepak yang hebat sebagai peminat bola sepak yang menonton perlawanan itu adalah prestasi yang berkualiti tinggi.
Bekas jurulatih kebanggsaan Brunei itu mengakui apa yang diterapkan dan dirancang oleh jurulatih KL City, Bojan Hodak terbukti menjadi.
Dalam pada itu, beliau turut memuji karakter pemain ketika di atas padang yang sentiasa menunjukkan semangat serta mengekalkan disiplin sehingga wisel penamat.
“Dirancang dengan baik, watak tip top ditunjukkan oleh semua pemain dengan keazaman yang kuat. Syabas kepada seluruh pasukan,” katanya di laman Twitter.
KL City mengesahkan tempat ke Final Interzone selepas berjaya menewaskan wakil daripada India, ATK Mohun Bagan dengan keputusan 3-1.
Pasukan KL City akan berjumpa wakil kelab daripada Uzbeskistan pada aksi Final nanti.