Dunia
FAM Official
Advertisements

Kejayaan skuad bolasepak negara menumbangkan tuan rumah, Thailand dalam saingan King’s Cup nyata membuka mata ramai pihak mengenai pendekatan yang diterapkan jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Sejak wisel permulaan ditiupkan, skuad negara tidak henti-henti memberikan tekanan kepada para pemain Thailand. Tekanan-tekanan yang dilancarkan itu juga melibatkan penyerang negara, Darren Lok yang dilihat beraksi dengan sepenuh hati tanpa kenal erti lelah.

Walaupun gagal menjaringkan gol, kerajinan yang ditampilkan Darren wajar diberikan pujian. Melalui tinjauan di ruangan komen yang melibatkan aksi Darren Lok, rata-rata peminat terpukau dengan sumbangan penyerang kacukan Malaysia-England ini.

Advertisements
Komen Darren Rajin Berlari, Darren Lok Buat Perkara Betul
Komen penyokong terhadap aksi Darren ketika menumbangkan Thailand.

Kerajinan Darren dalam memberikan tekanan juga menyerlahkan tahap kecergasan pemain Petaling Jaya City FC (PJ City) ini. Persembahan mengagumkan Darren seperti satu petanda bahawa penyerang di bawah taktikal Kim Pan-gon perlu rajin berlari dan memberikan tekanan terhadap pemain lawan.

Boleh dikatakan penyerang yang malas untuk berlari dan memberikan tekanan hampir pasti tiada tempat di dalam skuad kebangsaan di bawah kendalian jurulatih itu.

Bersama PJ City musim ini, Darren merupakan penjaring terbanyak bagi kategori pemain tempatan dengan meledak 9 jaringan. Selain tajam dihadapan gol, beliau turut menyumbang dua bantuan gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Advertisements
9 gol daripada 17 penampilan Darren di Liga Super.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram