Dunia
EuroFoot
Advertisements

Sejak semalam telah tular video yang dirakam menggunakan GoPro memperlihatkan seorang pemain bola sepak professional menjaringkan gol.

Advertisements

Pemain tersebut ialah Lukas Haraslin yang kini beraksi di Liga Czech bersama pasukan Sparta Prague. Beliau memakai GoPro di jersi ketika aksi persahabatan antara pasukan Sparta Prague menentang FC Nuremberg.

Apa yang lebih menariknya, pemain sayap dari Slovakia itu berjaya menjaringkan gol buat pasukan dalam aksi tersebut. Rakaman itu sekaligus memiliki nilai tersendiri dan jaringan tersebut menjadikan video itu tular.

Advertisements

Aksi persahabatan yang berlangsung di Epet Arena itu menyaksikan pasukan tuan rumah, Sparta Prague berjaya mencatat kemenangan bergaya menewaskan FC Nuremberg dengan keputusan 3-1.

Rakaman video jaringan Haraslin yang menggunakan GoPro itu sememangnya jarang-jarang sekali berlaku. Ia benar-benar tular hingga mendapat kira-kira 20 ribu likes dan tontonan di aplikasi Twitter kini telah mencecah 2.8 juta.

Advertisements
Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram