Ramadhan Saifullah Selangkah Berkelana Di Luar Negara
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah dikahabarkan akan mengembangkan lagi kariernya di luar negara.

Bintang muda berusia 21 tahun itu bergelut dengan siri kecederaan yang menyaksikan beliau tidak banyak beraksi musim ini.

Namun begitu, beliau difahamkan sudah pulih sepenuhnya bakal mengikut jejak langkah rakan sepasukan, Safawi Rasid untuk beraksi di luar Liga Super.

Advertisements

Seperti yang sedia maklum, format baharu Liga Super 2023 menyaksikan beberapa pemain yang kurang mendapat tempat mula mencari kelab baharu untuk mencari minit permainan.

Nama Ramadhan mula hangat diperkatakan apabila Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) dalam satu hantarannya menyebutkan bahawa pemain ini sedia beraksi di Liga Thai.

“Bintang JDT, Ramadhan Saifullah kini bakal berhijrah ke Thailand,” jelasnya.

Advertisements

Sebelum ini, beliau telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Thailand, BG Pathum United selepas ura-ura ada menyebut seramai dua orang pemain Malaysia akan berkelana di sana.

Pemain sayap lincah ini juga telah memainkan peranan yang cukup penting bersama skuad Harimau Selatan selain turut mencuri perhatian ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon bagi memperkuatkan pasukan menjelang Piala AFF tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram