“Ramalan Saya Arif Aiman, Akhyar & Syihan Skor” – Angah
Hiburan
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu mencuri tumpuan selepas pengacara radio Sinar FM, Angah meramalkan bahawa penjaga gol JDT, Syihan Hazmi akan menggegar jaring.

Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bakal disambut kira-kira lebih 70 ribu orang penyokong kedua-dua pasukan.

Advertisements

Sinar FM yang menerima kehadiran Boys Of Straits (BOS) di konti pada pagi ini sempat berkongsikan ramalan masing-masing mengenai keputusan perlawanan ini.

Rata-rata merasakan bahawa kemenangan mudah bakal memihak kepada skuad Harimau Selatan yang memiliki rekod cemerlang di pentas final sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisements

Tatkala majoriti daripada mereka meramalkan Bergson dan Forestieri sebagai penjaring utama, pilihan Angah nyata mencuit hati ramai.

Advertisements

“Ramalan saya 3-0, Arif Aiman, Akhyar (Rashid) dan Syihan,” ujar Angah penuh yakin.

Pilihan Angah ternyata mengundang tawa ramai kerana beliau seolah-olah tidak menyedari ketika menyebut nama Syihan.

Advertisements

JDT juga berpeluang untuk merangkul trofi ke-8 dalam tempoh dua tahun sekaligus mencipta sejarah dan fenomena selaku kelab paling berjaya di Malaysia.

News Comments Account