Azlan Johar: Pengalaman Final Bakal Matangkan Pemain Muda Terengganu
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar melihat aksi final Piala Malaysia 2023 sebagai medan pendedahan terbaik buat barisan pemain muda Terengganu FC.

Musim ini menyaksikan jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan kepada pemain-pemain muda dalam kesebelasan utama terutama di barisan pertahanan.

Walaupun percaturan ini kelihatan berisiko pada awalnya, pemain-pemain seperti Ubaidullah Shamsul Fazili dan Safwan Mazlan telah membuktikan nilai mereka kepada pasukan.

Advertisements

Justeru, Azlan percaya pengalaman beraksi di final Piala Malaysia bukan saja satu lagi pengalaman baru buat mereka.

Malah, ini akan mematangkan mereka agar menjadi pemain yang lebih berkualiti untuk tahun-tahun mendatang.

“Selama ini kita lihat walaupun dia (Steinbruckner) meletakkan pemain-pemain muda di bahagian pertahanan, nampaknya pemain-pemain pertahanan muda di hujung-hujung musim telah menunjukkan kematangan dan kefahaman mereka tentang bola sepak.

Advertisements

“Dan (mereka) memberi persembahan yang baik dan menyakinkan beliau sendiri. Atas sebab itu, pemain-pemain muda ini wajar diberi peluang mendapat pengalaman yang lebih luas (kerana) beraksi di pentas lebih besar.

“Makanya, pengalaman ini akan membantu pemain-pemain muda ini jadi pemain yang lebih baik dan pemain yang lebih matang,” katanya bila ditemubual Nadi Arena pada 6 Disember lalu.

Terengganu FC berharap dapat mengakhiri kemarau kejuaraan mereka selama 22 tahun apabila berdepan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di pentas final Piala Malaysia 2023 malam ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram