Ramuan Ong Kim Swee Menjadi, Sabah Kini Di Suku Akhir
Dunia
officialsabahfc
Advertisements

Pasukan Sabah FC mempamerkan aksi yang luar biasa apabila mencipta kejutan dengan menewaskan PJ City 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu muncul sebagai Naib Juara Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia 2021. 

Jaringan tunggal disempurnakan oleh kapten pasukan Sabah FC, Risto Mitrevksi nyata merencatkan rencana PJ City yang hanya memerlukan keputusan seri untuk muncul sebagai Naib Juara Kumpulan D. 

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berjaya membuktikan kredibiliti beliau apabila berjaya memimpin pasukan yang menduduki tangga ke-9 dalam Liga Super Malaysia untuk menjadi kelompok lapan terbaik di Piala Malaysia. Malah, ini adalah kemunculan sulung buat bekas jurulatih skuad kebanggsaan ini dalam saingan Piala Malaysia edisi kalini.  

Advertisements

Bukan itu sahaja, bekas jurulatih skuad kebanggsaan ini hanya berbekalkan barisan pemain yang sedia ada sahaja oleh kerana rata-rata barisan pemain sebelum ini adalah pilihan bekas jurulatih sebelum ini. Taruhan pemain sedia ada nyata membuahkan hasil yang bermakna buat beliau. 

“Sikap kerjasama berpasukan, keyakinan diri serta semangat tekad untuk berjuang adalah kunci kejayaan Sabah FC hingga ke peringkat ini.”

Untuk rekod, pasukan Sabah FC berjaya mencatatkan dua kemenangan, dua seri serta dua kekalahan dalam kesemua perlawanan.  Bagi peringkat suku akhir, Sabah FC akan bertemu Melaka United  di Stadium Likas pada 14 November ini. 

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram