Kelab Australia, West Coast Rangers mengekalkan khidmat pemain warisan Nepal-Malaysia, Sahadev Pokhrel.
Pemain berusia 28 tahun itu kembali menyertai kelab itu bagi musim 2025 sekali gus menghangatkan perjuangan pasukan musim ini.
Tonggak yang beraksi pada posisi tengah itu sudah diturunkan dalam dua aksi National League – North 2025 selain memiliki pengalaman lebih 7 tahun di Liga Australia.
West Coast Rangers dalam satu kenyataan menyatakan keterujaan untuk membawa semula pemain tengah berpengalaman itu untuk memantapkan pasukan.
“Kelab teruja untuk mengalu-alukan kembali Dev kepada keluarga West Coast Rangers. Seorang pemimpin sejati dalam dan di luar padang, Dev kembali ke kelab sebagai bahagian penting dalam skuad kami yang dirombak untuk musim 2025.
“Dikenali dengan etika kerja yang luar biasa, visi dan keupayaan yang tiada tandingan untuk mengawal bahagian tengah, Dev sentiasa menjadi penggerak dalam pasukan kami. Dengan kepimpinan, keupayaan teknikal dan pengalaman beliau, kami yakin beliau akan terus memainkan peranan penting dalam perjalanan kami ke hadapan.
West Coast juga yakin kepulangan Sahadev bakal menjadi aset paling penting untuk menyuntik aura kepimpinan dalam pasukan.
“Kami sangat teruja kerana Dev kembali ke tempat asalnya, dan kami tidak sabar untuk melihatnya memberi inspirasi dan memimpin Rangers pada tahun 2025,” ujar kenyataan kelab.
Terdapat beberapa pemain warisan lain yang turut menyinar di Eropah seperti Sam Bone yang kini beraksi di Liga 1 Ireland.