Ranking BWF: Kedudukan Terkini Lee Zii Jia Merudum
UltraSukan
BA Malaysia/BWF
Advertisements

Kedudukan ranking jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencatatkan penurunan berbanding sebelum ini.

Menerusi kemas kini terbaharu ranking perseorangan lelaki yang dikeluarkan oleh Badminton World Federation (BWF) pada Selasa menyaksikan kedudukan Lee Zii Jia dipintas oleh pemain Singapura, Loh Kean Yew.

Sebelum ini, pemain berusia 26 tahun ini berjaya membuktikan kemampuan beliau apabila kembali tersenarai dalam kelompok 10 pemain terbaik dalam kemas kini ranking BWF pada Januari yang lalu.

Advertisements

Namun begitu, kejayaan Loh Kean Yew menjuarai Spain Masters minggu lalu menyaksikan bekas juara dunia 2021 itu memintas kedudukan Zii Jia untuk berada di tangga kesepuluh, sekaligus menolak Zii Jia di kedudukan kesebelas.

Sungguhpun begitu, kedudukan Loh Kean Yew ini agak sedikit goyah apabila beliau perlu tampil cemerlang di kejohanan Badminton Asia Championship minggu hadapan bagi mempertahan mata yang diperolehnya ketika muncul naib juara tahun lalu.

Manakala seorang lagi wakil negara, Ng Tze Yong yang kini sedang menjalani pemulihan akibat kecederaan yang membelenggu dirinya, kekal berada di tangga ke-18 dunia

Advertisements

Tiga pemain teratas menyaksikan tiada perubahan dengan bintang Denmark, Viktor Axelsen terus mendominasi di kedudukan pertama sambil diikuti Shi Yu Qi dari China dan wakil Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting.

Cabaran seterusnya buat pemain kelahiran Kedah ini adalah di kejohanan Badminton Asia Championship (BAC) yang dijadualkan berlangsung di Ningbo, China bermula 9 April sehingga 14 April.

Zii Jia yang pernah bergelar juara BAC pada tahun 2022 bakal memulakan kejohanan tersebut dengan menentang wakil India, Priyanshu Rajawat pada pusingan pertama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram