Ranking FIFA Malaysia: Malaysia masih memiliki peluang terakhir untuk menghampiri kelompok 120 terbaik dunia sekiranya berjaya mengatasi Oman.
Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi permulaan cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila mencatatkan kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.
Hasrat untuk mengekalkan rekod itu bagaimanapun lebur di tangan anak didil Jaroslav Silhavy apabila tewas 0-2 di tangan Oman.
Malaysia berpeluang untuk kembali membalas dendam di laman sendiri apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ)
Menerusi kemas kini ranking masa-nyata FIFA, skuad negara berpeluang untuk melonjak 4 tangga daripada kedudukan ke-134 dunia ke kedudukan 130 dunia sekiranya menewaskan Oman.
Tambahan +17.32 mata FIFA menanti Harimau Malaya dan menjadikan mata keseluruhan kepada 1121 mata untuk memintas kedudukan negara seperti The Gambia (131 dunia), Solomon Islands (132 dunia) dan Rwanda (133 dunia).
Kemenangan dapat membantu skuad kebangsaan untuk menjarakkan diri dengan Indonesia (138 dunia) dan juga Filipina (141 dunia).
Aksi Malaysia dan Oman dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2024 di SNBJ pada jam 10 malam.