Ads
Ranking FIFA: Jurang Tipis Malaysia & Indonesia Curi Perhatian
Harimau Malaya
FA Malaysia/AFC

Ranking FIFA: Jurang tipis kedudukan Malaysia dan Indonesia mencuri perhatian peminat.

Advertisements

Skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa berpuas hati apabila perlu pulang awal pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Situasi berbeza buat pasukan Shin Tae-yong apabila mencipta kejutan untuk mara ke pusingan ketiga buat kali pertama dalam sejarah.

Advertisements
Advertisements

Prestasi memberangsangkan ini bagaimanapun tidak meninggalkan jauh kedudukan Malaysia dengan Sang Garuda pada kemas kini ranking FIFA semasa.

Indonesia kini bergelar pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara apabila menghuni tangga ke-134 dunia dengan 1108.73 mata manakala Harimau Malaya mengekori rapat kedudukan tersebut.

Advertisements

Malaysia hanya dipisahkan dengan satu tangga (135 dunia) dengan 1107.58 mata untuk terus mengejar kelompok 120 terbaik dunia.

Harimau Malaya akan mengharungi aksi Pestabola Merdeka 2024 menentang juara bertahan, Tajikistan, Filipina dan Lubnan manakala pasukan gergasi Asia menanti Indonesia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Berdasarkan keputusan undian tempoh hari, Indonesia berada dalam Kumpulan C bersama Jepun, Australia, Arab Saudi, Bahrain dan China.

Advertisements

Perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dijadualkan bermula pada 5 September 2024 hingga Jun 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram