Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Catat Unjuran Positif, Hampiri Kedudukan Terbaik 19 Tahun Lalu
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia memperoleh peluang untuk menambah mata penting FIFA berdepan jaguh Timur Tengah, Bahrain bagi aksi kedua peringkat kumpulan.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon melalui kempen yang cemerlang di Kelayakan Piala Dunia 2026 sebelum tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi pembukaan.

Harimau Malaya kini berada pada landasan terbaik untuk kembali memungut mata FIFA selepas kehilangan -12.31 mata pada aksi tempoh hari.

Advertisements

Malaysia kini berpeluang untuk mendapatkan tambahan +22.50 mata FIFA berdepan Bahrain sekaligus menyaksikan kedudukan negara naik kira-kira 5 tangga.

Ketika ini, kedudukan masa-nyata FIFA skuad kebangsaan berada di tangga 132 dunia namun memiliki peluang yang cerah untuk kembali ke kelompok 120 terbaik dunia selepas 19 tahun.

Advertisements

Kedudukan ini membolehkan Malaysia untuk memintas beberapa negara Afrika seperti Sudan (129 dunia) dan Niger (130 dunia).

Peningkatan ini juga membolehkan skuad negara merapatkan jurang dengan negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand (ke-113 dunia) dan Vietnam (ke-94 dunia).

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram