Ranking FIFA: Malaysia Catat Peningkatan Mendadak, Naik Tiga Tangga
MakanBola
Fifa World Cup

Ranking FIFA: Kemas kini terbaru kedudukan ranking FIFA menyaksikan Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dan naik tiga tangga.

Skuad kendalian Kim Pan-gon mengekalkan rekod bersih dalam dua perlawanan terakhir apabila merekodkan satu kemenangan dan satu seri dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pasukan kebangsaan berjaya mengikat Kyrgyzstan sebelum menundukkan Chinese Taipei dengan keputusan 3-1 di laman lawan.

Harimau Malaya meraih tambahan +10.23 mata dan menjadikan mata keseluruhan kepada 1107 mata.

Kedudukan ini membolehkan skuad kebangsaan memperbaiki kedudukan semasa dan naik tiga tangga ke kedudukan 135 dunia berdasarkan kemas kini terbaru ranking FIFA.

Kedudukan skuad negara bagaimanapun masih di belakang Indonesia selepas skuad kendalian Shin Tae-yong memperoleh tambahan +11.72 mata.

Hal ini menjadikan mata keseluruhan yang terkumpul oleh Sang Garuda sebanyak 1108.99 mata dan menduduki tangga ke-134 dunia.

Malaysia hanya dipisahkan beberapa mata dengan 4 pasukan dalam kelompok 130 terbaik dunia iaitu Rwanda (131), Gambia (132), Solomon Islands (133) dan Indonesia (134).

Ujian berikutnya buat anak didik Kim Pan-gon adalah aksi Pestabola Merdeka dan juga Piala AFF 2024.