Ranking FIFA Malaysia: Hasrat Malaysia untuk melangkah ke kedudukan lebih baik dalam ranking FIFA tidak kesampaian apabila skuad negara kini turun ke kedudukan 136 dunia.
Skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya mempamerkan kebangkitan yang diharapkan selepas kecewa di tangan Jordan dengan keputusan 4-0.
Pasukan negara memainkan peranan yang baik bertemu pasukan ke-86 dunia, Bahrain namun mencatatkan kekalahan tipis 1-0.
Ketika ini, kedudukan Harimau Malaya turun daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 136 dunia susulan hilang -12.5 mata berdasarkan kedudukan masa-nyata FIFA menjadi (1098 mata).
Skuad kebangsaan akan bertemu Korea Selatan bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan E dengan misi sekurang-kurangnya mencuri mata pada 25 Januari 2024.
Malaysia kini berada di tangga ketika pasukan di Asia Tenggar selepas Vietnam (ke-99 dunia) dan Thailand (ke-104 dunia) dan Malaysia (ke-136 dunia).