Advertisements
Ranking FIFA: Malaysia Kukuhkan Langkah Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia
Harimau Malaya
MakanBola
Faris/MakanBola

Ranking FIFA Malaysia: Kemas kini kedudukan ranking FIFA menyaksikan Malaysia kekal berada pada kedudukan ke-130 terbaik dunia menjelang sepak mula Piala Asia di Qatar tahun hadapan.

Harimau Malaya mencatatkan perkembangan memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Anak didik Kim Pan-gon juga mencatatkan kejayaan membanggakan apabila memperoleh tambahan +26.1 mata untuk melonjak 7 tangga untuk berada pada kedudukan ke-130 dunia.

Malaysia menjadi negara ketiga di dunia dengan pungutan mata tertinggi di belakang Comoros dan Romania.

Comoros memungut tambahan mata FIFA tertinggi dengan +30.9 mata dan naik 8 anak tangga (120 dunia) sementara Romania di tangga kedua dengan +26.2 mata dan naik 5 tangga (ke-43 dunia).

Kemas kini terbaru menyaksikan Harimau Malaya kekal berada di tangga ke-130 dunia menjelang aksi di Piala Asia 2024 di Qatar berbaki kurang sebulan.

Malaysia kini memperoleh 1122 mata keseluruhan dengan kemenangan di pentas Piala Asia bakal melonjakkan kedudukan skuad kebangsaan sekurang-kurangnya 5 tangga.

Harimau Malaya akan menghadapi saingan pertama di Piala Asia berdepan Jordan pada 16 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub.